Friday, 4 February 2011

KARNIVAL KOMUNITI SIHAT 2011

Pada 1 Februari 2011 telah diadakan Mesyuarat J/Kuasa 1/2011. Agenda utamanya membincangkan Karnival Komuniti Sihat 2011.

Tarikh yang ditetapkan ialah pada 19 Februari, 2011 dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang. Semua aktiviti akan diadakan di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Karnival ini dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu dan Hospital Jitra. Antara aktivitinya ialah:

(a) Pameran Kesihatan: Pencegahan Denggi, HIV/AIDS, H1N1 dan Penyakit Kuku dan Mulut pada sepanjang hari.
(b) Pemeriksaan Kesihatan:Tekanan Darah, Diabetes dan Pap Smear pada sebelah pagi sahaja.
(c ) Ceramah Kesihatan Wanita pada sebelah petang.
(d) Derma Darah pada sebelah pagi.

Bagi Kempen Derma Darah, bakal penderma diminta menghubungi Setiausaha KRT Taman Suria di talian 012-5738384 sebelum 10 Februari bagi tujuan saringan oleh Hospital Jitra.

Selain itu, satu mini gotong royong akan diadakan untuk membersihkan sekitaran Dewan Orang Ramai dan kawasan lorong-lorong belakang pada sebelah pagi. Diharap semua penduduk akan turut bersama menjayakannya. Pihak MDKP dan Syarikat IDAMAN Environment diminta menyediakan tong-tong sampah amroll.

Usaha sedang dibuat untuk meminta pelatih PLKN dari Kem Sintok dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk turut serta.

Adalah diharapkan semua penduduk dan juga ahli-ahli KRT di Daerah Kubang Pasu dan Jerlun serta orang ramai untuk hadir memeriahkan aktiviti tersebut. Jemputan telah dibuat secara lisan semasa Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti KRT Daerah Kubang Pasu di Hotel Bustani pada 30 Januari lalu. Selain itu, pihak PPNIN juga telah menghantar emel kepada semua KRT berkaitan.

No comments:

Post a Comment