Pihak KRT dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 akan menganjurkan Gotong Royong Menyediakan Bubur Asyura pada pagi Sabtu akan datang, 1 Januari 2011 bersamaan dengan 26 Muharram 1432 Hijrah bertempat di perkarangan Dewan Orang Ramai Taman Suria 1. Penganjur akan menggunakan dua ( 2 ) buah kawah. Semua peralatan memasak adalah kepunyaan Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1.
Pihak penganjur akan mendirikan khemah pada pagi Jumaat, 31 Disember 2010 manakala urusan menyediakan bahan-bahan akan diadakan pada sebelah petang dan malam bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Suria 1.
Bahan-bahan basah akan dibeli pada pagi Jumaat nanti di Tok Jalai dan Pasar Jitra. Sumbangan bahan-bahan lain daripada penduduk adalah dialu-alukan. Pihak KRT dan Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 masing-masing akan membelanjakan RM250.00.
Marilah ramai-ramai kita turun / turut serta. Semua bubur nanti akan diagihkan kepada setiap rumah / penduduk.
No comments:
Post a Comment