Saturday, 25 December 2010

PERLAWANAN PEMBUKA TIRAI

Pagi tadi telah berlangsung perlawanan pembuka tirai Liga Bolasepak Suriaunited-KFS-MDKP. Perlawanan pertama antara Pasukan Tuan Rumah Suriaunited dengan Harimau Jitra berkesudahan dengan 'walk-over' oleh Suriaunited. Pasukan Harimau Jitra gagal hadir.

Perlawanan kedua antara Pulau Nyiur dengan Kenari Kids juga berkesudahan dengan Pulau Nyiur menang dengan 'walk-over' kerana Kenari Kids juga tidak hadir.

Perlawanan ketiga antara Suriaunited menentang Pulau Nyiur ( yang dibawa ke hadapan daripada jadual minggu depan ) berkesudahan dengan Pulau Nyiur menang dengan jaringan 4-0.

Tahniah kepada pasukan yang menang. Sedihnya ada beberapa pasukan menarik diri pada saat akhir dan tidak hadir pada hari pertama liga.

Difahamkan beberapa pihak yang telah bersetuju untuk menaja produk mereka telah juga menarik diri kerana jumlah pasukan yang mengambil bahagian berkurangan daripada jumlah asal.

Terima kasih diucapkan kepada YB Dato' Haji Saad bin Man, ADUN Jitra yang telah memberikan sumbangan wang, begitu juga dengan PPNIN.

No comments:

Post a Comment